Memberi sokongan dan dorongan dalam apa jua matlamat yang membawakan keberkesanan, kecemerlangan bagi kedudukan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Kedah dan Kerajaan Negeri Kedah.
Merapatkan perhubungan muhibbah diantara mereka yang menjadi ahli yang telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Kedah yang bergelar Dato’.
Menjaga taraf kemuliaan Darjah Kebesaran Negeri Kedah yang bergelar Dato’ yang telah dianugerahkan kepada ahli-ahli.
Bertindak sebagai sebuah badan perwakilan bagi pihak ahli-ahli.
Menggalakkan ahli-ahli supaya memberikan apa jua perkhidmatan, pengalaman, pengetahuan dan usaha untuk kebaikan masyarakat serta Jemaah.
Mengadakan kerjasama dengan mana-mana Pertubuhan/Persatuan Datuk-Datuk di seluruh Malaysia bagi meninjau dan bertukar-tukar fikiran demi kepentingan ahli, masyarakat Negeri Kedah dan Negara.
Memelihara kepentingan dan kebajikan ahli.
Mencetak dan menerbitkan pelbagai majalah, risalah dan buku yang mengandungi maklumat, penerangan dan kenyataan untuk diedarkan kepada ahli-ahli.
Memiliki harta-harta termasuk tanah dan bangunan dan hendaklah diletakkan dibawah kuasa tiga orang pengamanah.
Mengadakan tabung wang khas atau yayasan untuk pendidikan dan kebajikan am.