Galeri

Majlis Penyampaian Sumbangan Sempena Ramadan 1444H/2023M

Disempurnakan oleh DYTM Tuanku Presiden JDDNK pada 6 April 2023 di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, Yan

Majlis Penyampaian Sumbangan Fakir Miskin Sempena Ramadhan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Presiden

Pada hari Khamis, 14 April 2022, seramai 100 orang penduduk setempat telah menerima bantuan daripada Majlis Jemaah Dato'-Dato' Negeri Kedah, bersempena sambutan bulan Ramadan.

Sumbangan itu telah disampaikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah, Tengku Sarafuddin Badlishah Sultan Sallehuddin, yang juga Presiden Majlis Jemaah Dato'-Dato' Negeri Kedah.

Program ini adalah yang julung kali diadakan selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid -19 yang melanda negara sejak tahun 2020.

Majlis telah diadakan di Dewan Muhammad Al-Fateh Rumah Kanak-kanak Pokok Sena. Turut serta pada majlis itu ialah Timbalan Presiden Majlis Jemaah Dato'-Dato' Negeri Kedah, Dato' Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah; Dato' Paduka Haji Bakar bin Din, Naib Presiden 1, Setiausahanya, Dato' Mohamad Che Nai serta ahli-ahli jawatankuasa Jemaah Dato' Dato' Negeri Kedah.

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Pegawai Daerah Pokok Sena YBrs Tuan Haji Ahmad Bawadir bin Haji Abdul Ghani.

Mesyuarat Jawatankuasa Bil 1/2022

7 Februari 2022 (Hari Isnin)
Bilik Gerakan, Aras 4, Blok B, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan JDDNK 2021/2022

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan 2021/2022 Jemaah Dato' Dato' Negeri Kedah Darul Aman telah adakan di Dewan Dato' Shaikh Mahmood Naim, Menara Zakat, Alor Setar, Kedah pada 27hb November 2021. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh DYTM Tuanku Presiden. Seramai 77 orang ahli telah hadir secara fizikal (48 orang) dan maya (29 orang).

Lawatan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Raja Muda Kedah ke Yan Sempena Fenomena Kepala Air

YAN - 21 Ogos 2021 : Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah berkenan berangkat melawat kawasan yang terjejas akibat fenomena kepala air, di sini, hari ini.

Ketibaan Baginda di Pusat Operasi Bencana Titi Hayun disambut oleh Yang Berhormat Dato’ Paduka Ammar Dato’ Shaikh Mahmood Naim, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah; YDH CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat, Ketua Polis Negeri Kedah; YS PKPjB Sayani Haji Saidon, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah; dan Yang Mulia Tunku Iskandar Shah Tunku Muzaffar Shah, Pegawai Daerah Yan.

Baginda meluangkan masa kira-kira setengah jam mendengar taklimat mengenai kronologi kejadian dan operasi membantu dan menyelamat daripada Pegawai Daerah Yan, Ketua Polis Negeri Kedah, dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah sebelum melawat kawasan yang terjejas di sekitar Kawasan Rekreasi Titi Hayun, dan Seri Perigi, di sini.

Baginda seterusnya berkenan menyampaikan sumbangan kepada beberapa penduduk yang terjejas di Kampung Dusun Manggis sebelum berangkat pulang.

#KedahRoyalFamily
#RajaMudaKedah
#BencanaAlam
#DaerahYan
#KedahDarulAman

Al-Fatihah Dato' Panglima Jaya Dato' Wira Hj. Ismail bin Hamid

Kembali menghadap Ilahi Allahyarham Dato' Panglima Jaya Dato' Wira Hj Ismail bin Hamid pada 30 Mei 2021. Semoga Allah merahmati dan mengampuni dosa-dosa beliau serta menempatkan roh beliau bersama para solihin dan syuhada.

Majlis Jamuan Malam Jemaah Dato’- Dato’ Negeri Kedah 2019

Sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tuanku Sultan Kedah Darul Aman Yang Ke-29

16 Mac 2019